2 perkara sebelum kita melangkah lebih jauh:
1. Inspirasi
Inspirasi bagi blog baru ini merupakan nasihat Ustaz Hasrizal yang disebut dalam Akademi Editor Jejak Tarbiah;
"Tulislah menggunakan bahasa yang tidak membuatkan kita malu untuk membacanya semula".
Sebaik mendengar nasihat tu, hati mula tergerak untuk lihat semula blog yang lama. Kesal. Ternyata bahasanya porak peranda, bercampur baur, dan saya jadi segan untuk tengok semula. Tambahan, masa tu tulisan di blog tersebut merata-rata topiknya dan menyentuh juga hal-hal peribadi yang saya fikir eloklah ditanam daripada tatapan umum.
Berpandukan 2 perkara ni, saya nekad untuk lahirkan blog lain dengan bahasa yang lebih kemas, dan topik yang lebih kecil skopnya.
2. Tumpuan
Blog ini akan tertumpu kepada 3 perkara:
- Bahasa dan linguistik
- Buku (Ulasan, cadangan, kedai buku, dll.)
- Penulisan & pembacaan
Saya akan cuba untuk banyakkan topik tulisan sekitar 3 perkara di atas. Mungkin sekali-sekala akan terselit perihal isu semasa atau lintasan-lintasan yang saya kira elok untuk dikongsi.
. . . .
Sekian, moga bermanfaat.
- Ilham Nordin -
00:34, 4/9/2020
No comments:
Post a Comment